Kucing kesayangan mati jatuh balkoni, reaksi si adik nangis tak berhenti undang sebak

Bagi pemilik dan pencinta kucing, haiwan tersebut sudah dianggap bagaikan sebahagian daripada keluarga kita sendiri, kecomelan dan kemanjaan sentiasa menjadi penghibur hati.

Memang tidak mudah untuk kita menerima kehilangan kucing yang sudah dijaga bagaikan keluarga, namun apakan daya semua yang hidup pasti akan mati begitu juga dengan haiwan peliharaan kita.

Kenapa panjat balkoni…

Begitulah jugalah yang berlaku kepada keluarga ini, menerusi akaun Twitter milik pemuda bernama Farhan Fauzi, telah memuat naik video dia dan keluarganya bersedih dengan kematian kucing kesayangan mereka.

Difahamkan, kucing kesayangan mereka itu telah bermain dan memanjat sehingga ke tingkat 17, sebelum terjatuh dan maut.

Allahuakbar 🙂 kenapa awak panjat balkoni tu sayang🙂😭😭😭 tingkat 17 sayang tinggi tu ya Allah . bangun sahur ttbe dia jatuh 😢 pencinta kucing and haiwan can relate🙂 pic.twitter.com/gGXnMXgu3F

— FrhnFauziii (@NikSems) May 11, 2019

Tempat dimana terjatuh…Tanam lepas sahur…

Kejadian yang disedari selepas sahur itu, telah membuat pagi tersebut menjadi begitu sayu dan pilu selepas melihat kucing tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Suka kalau orang bawak dia naik basikal…

Menurut Farhan, kucingnya cukup suka jika dibawa berjalan menaiki basikal, malah tidak akan daripada bakul basikal selagi tiada yang membawanya.

“Dia suka orang bawak dia naik basikal kalau masuk dalam bakul sampai maghrib lah dia duduk…”

Adik tak henti2 menangis…

Terlalu sayang, adik lekakinya tidak berhenti menangis kerana terlalu sedih dengan kematian kucing peliharaan mereka, sehingga si abang bercadang mahu mendapatkan kucing yang baru.

“Budak ni still nangis macam mana nak pujuk? Belikan kucing baru? Ke aku kena berlakon jadi kucing…”

Memang sedih bila kehilangan kucing kesayangan, bila daripada kecik sampai besar dibelai dan dimanja tapi perginya tanpa diduga.

Sumber : Farhan Fauzi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here