Pasangan ini dapat rezeki luar biasa selepas jual kuih berharga 10 sen

Keadaan ekonomi tidak stabil serta kos sara hidup yang tinggi menjadi salah satu faktor kepada peningkatan harga barang.

Rata-rata peniaga kini terpaksa menaikkan harga bagi mendapat keuntungan daripada jualan mereka. Namun, masih ada yang bercekal hati dan enggan menaikkan harga jualan supaya pelanggan tidak terbeban.

Itu dilakukan sepasang suami isteri yang menjual makanan pada harga 10 sen. Nurul Syafini Abd Manap bersama suaminya, Mohd Hasmi Idris mula menjual pelbagai jenis cucur dan kuih-muih bersaiz mini di gerai mereka di Jalan Keranji, Kedah sejak dua bulan lalu.

‘Bergaduh’ kerana letak harga murah

Mereka tidak menyangka keputusan yang diambil untuk menjual makanan dengan harga berkenaan mampu mengubah kehidupan mereka yang sebelum ini sering berdepan dengan kesempitan hidup.

Mohd Hasmi sebelum ini membantah cadangan isterinya untuk makanan tersebut pada harga 10 sen kerana bimbang tidak akan memperoleh keuntungan.

“Saya kasihankan isteri saya kerana terpaksa bangun awal untuk buat persiapan dan sebelah malam baru boleh berehat seperti tidak berbaloi menjual pada harga sebegitu.”

Rezeki tak putus bila niat bersedekah

Tambah Mohd Hasmi, gaji daripada pekerjaannya sebelum ini tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga terutamanya untuk enam anak mereka.

“Tapi sejak saya dan suami ambil keputusan berniaga cucur sekupang, rezeki kami tidak putus, sentiasa ada duit. Mungkin kerana niat bersedekah kepada pelanggan.”

Jualan laku keras, tak sampai dua jam dah habis

Cucur dan kuih dapat tempahan khasKatanya, cucur atau kuih-muih bersaiz mini yang dijual mendapat sambutan menggalakkan dan kebiasaannya akan habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja.

Mohd Hasmi bersyukur kerana pengorbanannya dan isteri berbaloi apabila kuih dan cucur yang dihasilkan mendapat permintaan tinggi, malah mendapat tempahan khas daripada pelanggan untuk acara tertentu.

Sumber: Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here