“Aku adalah orang terakhir jadi ‘Along’…” – Setelah 15 tahun, Beto kembali sarung maskot

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak sekitar tahun 80-an hingga 90-an, pasti masih segar dalam ingatan siri televisyen yang bertajuk A.L.O.N.G, memaparkan watak tiga maskot kucing iaitu Along sebagai watak utama, Angah dan Acik.

Siapa sangka, di sebalik maskot kucing dengan gelagat yang menghiburkan rupanya kini adalah seorang aktor hebat tanah air, Beto Kusyairy.

Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan bin Osman memulakan karier seni pada tahun 2001, merupakan antara penggerak utama rancangan kesukaan kanak-kanak itu.

Tugas aku untuk menceriakan kanak2…

Bermula sebagai maskot, perjalanan seninya mula berkembang dan menjadi antara aktor yang dikagumi kerana mutu dan kualiti lakonannya yang tersendiri.

Namun, baru-baru ini pelakon filem CEO itu telah memuat naik foto lamanya ketika menjadi maskot Along di Instagram sambil mengimbau antara momen ketika menjayakan rancangan tersebut.

View this post on Instagram

Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB & aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu. 3 atau 4 musim jugaklah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya. 15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi. Kali ini lebih berat tuntutannya. InsyaAllah akan bersiaran genap sebulan lagi di TV2 iaitu pada tanggal 14 Jun ini. Nantikan telemovie #Sesekali ..sempena #HariBapa.

A post shared by Beto Kusyairy 🇲🇾 (@beto_kusyairy) on

Orang yang terakhir jadi ‘Along’

Menurut Beto, dia merupakan orang yang terakhir diamanahkan untuk menyarungkan maskot Along, sebelum rancangan tersebut ditamatkan siaran pada tahun pada 2004.

Kembali sarung lagi ‘sekor’

Selepas 15 tahun tidak terlibat dalam menjadi maskot, dalam telemovienya terbaru sempena hari bapa, Beto berkata dia sekali dipertanggungjawabkan untuk menyarung kembali maskot ditambah dengan tuntutan watak yang lebih mencabar.

Terima kasih ceriakan zaman kanak2 kami

Rata-rata netizen yang majoritinya lahir pada tahun 90-an dan 80-an bagaikan mengimbau semula zaman kanak-kanak dan menyatakan kekaguman mereka dengan watak Along tersebut.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here