“al-Quran tak susah nak dipelajari.” – Hafal 30 juzuk ayat suci, imam remaja kongsi pesanan

Beberapa hari lepas, telah viral seorang remaja berusia 13 tahun menjadi imam Solat Terawih di sebuah masjid di Subang. Video pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam mengimamkan jemaah telah tular di media sosial kerana kesempurnaan bacaan ayat al-Qurannya.

Imam viral

Semalam, adik Muhammad Faris Farhan, 13, telah diundang oleh stesen radio ZAYAN FM bagi mengetahui serba sedikit mengenai latar belakangnya.

View this post on Instagram

Istimewa di #ZayanSalamBros kami bawakan adik Muhammad Faris Farhan yang menjadi imam terawih berumur 13 tahun! Jom bersama mereka ok di #ZayanSalamBros #IndahDihati

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

Bedebar tak?

Semasa temu bual tersebut, penyampai radio yang bertugas iaitu Mawi dan juga Anas Tahir telah bertanyakan perasaan Faris semasa menjadi imam untuk jemaah yang bermacam lapisan umur di Masjid kampung Melayu Subang.

Ternyata, pelajar maahad tahfiz itu tidaklah begitu berdebar dan tidak juga terlampau yakin.

View this post on Instagram

Perasaan adik Muhammad Faris Farhan bila di pilih menjadi Imam terawih di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. #IndahDihati #ZayanSalamBros

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

Sempat alunkan ayat suci

Semasa keudara di ZAYAN FM, Faris juga sempat mengalunkan beberapa potong ayat suci al-Quran bagi didengari oleh pendengar-pendengar saluran radio tersebut.

View this post on Instagram

MasyaAllah indahnya bacaan Al-Quran dari adik Muhammad Faris Farhan ni ❤️😍. #IndahDihati #ZayanSalamBros #SempurnaSeadanya

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

Pesanan Faris

Faris Farhan juga sempat menitip pesan kepada para pendengar dengan memberitahu bahawa mempelajari al-Quran itu tidak susah dan mudah untuk dipelajari.

Semoga berjaya dunia akhirat dik!

ZAYAN FM telah memuat naik beberapa sedutan temu bual tersebut di Instagram rasmi radio itu dan telah mendapat beberapa komen positif daripada warganet.

Tahniah ibu bapa yang mendidikSemoga dipermudahkan segala urusan

Sumber : Cahaya Asmawi, Zayan. FM

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here