“Ko pergi minta maaf sama Bella..” – Budak ‘club’ mengaku bergambar mesra dengan Aliff

Sayang seribu kali sayang, bulan Ramadan yang mulia ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk menuju ke arah kebaikkan, namun di bulan yang penuh mulia ini pelbagai kemungkaran banyak terbongkar.

Hari ini, masih lagi kecoh diperkatakan mengenai episod curang penyanyi Aliff bersama seorang remaja perempuan, selepas gambar mesra mereka berdua mula tular di media sosial.

Setakat ini, penyanyi itu sendiri masih lagi belum membuat sebarang kenyataan atau penafian mengenai isu panas yang melibatkan dirinya itu.

Gadis club buat pengakuan…

Disebabkan masalah hutang, salah seorang rakan gadis terbabit bertindak menyebarkan foto gadis terbabit bersama Aliff ketika mereka berada di dalam sebuah bilik, telah mendatangkan ribuan kecaman.

Tidak mahu berdiam diri, gadis terbabit menerusi laman Instagram telah memuat naik status pengakuannya mengenai gambar tersebut, di dalamnya tertulis bahawa dia mengaku lelaki tersebut adalah Aliff.

View this post on Instagram

Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri

A post shared by @ nismelll__ on

Tak bua apa, tahu batas2…?

Menurut gadis dengan akaun nama Nismell, dia mengenali Aliff ketika mereka sama-sama menghadiri satu private party, namun menegaskan bahawa mereka tidak melakukan perkara tidak senonoh dan masih mengetahui batas-batas.

Ramai dengki sebab dapat bergambar dengan artis…

Tambahnya lagi, individu yang menyebarkan rakaman live dan gambarnya bersama Aliff adalah disebabkan mereka berasa dengki terhadapnya, kerana dia dapat bergambar bersama selebriti tersebut.

Bertalu-talu kecaman diterima

Walapun sudah mengaku salah, netizen masih tidak berhenti mengecam tindakan gadis berkenaan, ini kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan pasangan suami isteri bercerai berai.

Umur baru 16 tahun dah join PP
Kau pergi minta maaf dengan Bella Sama la macam kes si octopus tu dulu…

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, gadis terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka, mengenai isu yang melibatkan dirinya itu.

Sumber : Nismell

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here