Kuih percuma untuk wanita hamil, tiga beradik berniaga sambil beramal

Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dimana umat Islam berebut bagi melakukan kebaikan untuk mendapatkan lebih ganjaran daripada Allah SWT.

Tidak ketinggalan peniaga tiga beradik ini yang melakukan jualan di bazar sambil beramal dimana meneruskan tradisi ibu mereka dnegan memberi kuih secara percuma kepada ibu mengandung.

Menurut Mohd Shaiful Hafiq Mohd Hadir, 27 tahun, dia bersama dua lagi adiknya, Mohd Zulfadhly, 24 tahun, dan Mohd Hashiff, 19 tahun meneruskan tradisi ibunya sejak 18 tahun lalu sebagai tanda syukur dengan rezeki yang diperolehi.

Peruntukkan 500 karipap untuk wanita mengandung di 13 cawangan gerai seluruh negeri

“Ibu selalu pesan, jika mahu berniaga, jangan hanya fikir untung saja, perniagaan dilakukan mesti memberi manfaat kepada orang lain juga, kalau tak lebih baik jangan berniaga.

“Sebagai insan yang melahirkan kami, nasihat ibu itu kami pegang dan kami putuskan untuk memberi kepada wanita mengandung iaitu di lima cawangan di bazar Ramadan dan lapan cawangan di tepi jalan di seluruh negeri,” katanya.

Mohd Shaiful berkata, setiap hari seorang ibu mengandung mendapat tiga biji kuih itu dan sekurang-kurangnya lima ibu mengandung singgah mendapatkan karipap berinti daging dan ayam secara percuma.

“Setiap hari, 11,000 karipap terjual, Alhamdulillah rezeki kami tidak pernah putus, sebagai orang Islam kita tidak boleh takut bersedekah kerana amalan itu yang menjemput rezeki,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Halimatul Fazliyana Harun, 23 tahun, yang mengandung memuji langkah tiga beradik itu yang menghargai wanita mengandung.

“Pada hari pertama Ramadan lalu, saya dapat karipap percuma dari cawangan sama di bazar Ramadan Changlun tetapi tidak sangka apabila ke bazar Taman Suria mereka melakukan perkara sama untuk wanita mengandung.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang menghargai pengorbanan seorang ibu yang melahirkan mereka sebelum ini, usaha murni itu wajar dipuji dan dicontohi orang lain,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here