Nak buka puasa sama2, penduduk taman gigih bawa ‘potluck’ & bentang tikar depan rumah

Berbuka puasa atau iftar merupakan saat paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan. Lebih menyeronokkan apabila berbuka puasa secara beramai-ramai.

Bentang tikar depan rumah je

Menerusi perkongsian yang dilaporkan di Sinar Harian, masyarakat di kawasan Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1, di Simpang Pertang, Jelebu telah berbuka puasa bersama-sama jiran tetangga dihadapan rumah masing-masing.

Ala-ala berkelah gitu…

Menurut wakil penduduk di kawasan perumahan tersebut, Mohd Tarmizi Mohd Hanifah, idea berbuka bersama-sama ini dirancang dua hari sebelum acara bermula.

Setiap daripada keluarga akan mebentang tikar dihadapan rumah dan membawa makanan secara potluck untuk dimakan bersama jiran-jian.

Tambahnya lagi, aktiviti berbuka puasa ini bukan hanya sekadar berbuka sahaja, malahan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran tetangga.

Saja suka-suka…

Aktiviti suka-suka ini mungkin akan diteruskan lagi pada setiap minggu untuk meberi rasa keseronokkan sesama penduduk dikawasan tersebut memandangkan unit kediaman di taman perumahan itu tidaklah begitu banyak.

Nanti boleh buat depan rumah

Menerusi ruangan komen sumber, rata-rata netizen berasa seronok dan teruja melihat aktiviti sebegitu yang kelihatan santai. Mereka turut berharap agar dapat merasai pengalaman seperti itu juga.

Bestnya jiran2 sportingTerbaiklah orang kampung den…

Sumber : Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here