Nenek abaikan ubat gara2 tak faham rumi, cucu gigih terjemah huruf Jawi

Jurang antara generasi berlaku apabila seseorang yang lahir dan membesar pada era terdahulu tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan norma pada masa kini.

Situasi ini kelihatan apabila individu yang lahir pada era 50-an dan kebawah menghadapi kesukaran untuk memahami dan bertindak balas terhadap perkembangan terkini seperti teknologi dan bahasa bualan.

Itu terjadi kepada seorang wanita warga emas yang ditegur cucunya kerana tidak memakan ubat-ubatan kerana tidak boleh membaca selain daripada tulisan Jawi.

Tak makan ubat sebab tak boleh baca

Posting yang dimuat naik Rahayu di laman Twitter miliknya telah mendapat perhatian ramai malah diulang kicau lebih 9,700 pengguna dengan 7,114 tanda suka.

Dia terkejut apabila melihat bekalan ubat-ubatan neneknya masih dalam kuantiti banyak, lalu menasihati orang tua itu supaya menjaga kesihatan.

Namun, pengakuan yang dibuat oleh neneknya yang menyatakan tidak memahami label yang ditulis pada ubat berkenaan telah membuka mata Rohayu.

“Nenek bukan tak nak makan. Tapi nenek tak faham. Ni nak minta adik tuliskan dalam jawi. Senang nenek nak baca.”

Netizen tersentuh lihat usaha cucu terjemah ubat ke jawi

Rata-rata netizen tersentuh hati dan sebak terhadap pengakuan nenek Rohayu. Ramai juga memberikan nasihat agar nenek tersebut memberitahu pegawai farmasi bagi melabelkan ubatnya dalam tulisan jawi agar mudah untuk difahami.

Kena lukis baru fahamSelalu memang cucu yang kena bacakan

Pesakit boleh beritahu pada ahli farmasiAsalkan faham sudah

Sumber: rohayu mn

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here