Padah ‘korek’ tabung surau, pencuri dimandikan sebagai jenazah

Kes pecah tabung di masjid dan surau sering menjadi masalah yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Paling memalukan perbuatan tidak bermoral ini kebiasaannya dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Namun, rata-rata tempat ibadah berkenaan telah memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu langkah untuk berjaga-jaga.

Baru-baru ini, seorang pemuda ditangkap kerana mencuri duit daripada tabung surau di Johor Bahru menjadi tular di laman media sosial.

Ahli jawatankuasa (AJK) surau yang enggan menggunakan kekerasan telah menangkap lelaki berkenaan dan bertindak memandikan pencuri tersebut di tempat pengurusan jenazah.

Tak berniat untuk mengaibkan tapi sebagai pengajaran

Menurut AJK Surau At-Taqwa, mereka tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak termasuk pemuda terbabit sebaliknya sekadar satu pengajaran buat semua orang.

“Sebenarnya bukan setakat pecah tabung saja, ada juga kes curi beg tangan jemaah wanita yang sedang menunaikan solat pada tahun lalu dengan kerugian lebih kurang RM1,000,” kata Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Ramlee Ahmat.

Pencuri pernah pecah masuk surau

Tambahnya, suspek sebelum ini pernah membuat percubaan mencuri pada 10 Mei lalu. Sepanjang tempoh operasi surau berkenaan sejak dua tahun lalu, sebanyak lima kes pencurian duit surau telah berlaku.

“Kami mendapat maklumat setelah melihat CCTV dan pada hari ini, berlaku lagi orang yang sama buat, dan berjaya ditangkap oleh orang kampung serta AJK surau.”

Netizen sokong tindakan AJK surau

Rata-rata netizen mengecam perbuatan pemuda berkenaan dan meminta pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.

Ramai menyokong tindakan AJK surau tidak menggunakan kekerasan tetapi ada juga netizen yang menyifatkan mereka sengaja mengaibkan pemuda tersebut.

Badan cukup sifat tapi mencuri

Masa curi tak malu pula dengan Tuhan
Patut kapankan sekali
Semoga dapat hidayah untuk berubah

Sumber: Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here