Siap dibina hasil pampasan MH17, jemaah teruja tunai Terawih di Masjid Al-Ghazali

Semalam, Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak telah pun dibuka secara rasmi dan merupakan hari pertama Solat Terawih diadakan disitu.

Pada asalnya, masjid tersebut merupakan surau dan selepas di bangunkan kembali menjadi masjid. Masjid tersebut menjadi sangat istimewa kerana dibina atas sumbangan daripada waris mangsa nahas MH17.

Kos pembinaan yang dianggarkan sebanyak 3.5 juta itu boleh memenuhi lebih kurang 450 orng jemaah pada satu-satu masa.

Baru dibuka semalam

Menerusi gambar yang di muat naik oleh Berita Harian, Masjid tersebut telah dibanjiri oleh jemaah yang dilihat khusyuk menunaikan solat Terawih.

Sewaktu dalam pembinaanPampasan mangsa nahas MH17

Menerusi sumber daripada Berita Harian, sumbangan tersebut adalah daripada wang pampasan mangsa MH17 iaitu Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Kesemua mangsa telah maut dalam nahas tersebut selepas mengambil penerbangan pulang ke Malaysia apabila Tambi Jie menamatkan perkhidmatannya selama tiga di syarikat Shell di Kazakhstan.

Menjengah ke ruangan komen sumber, rata-rata netizen meninggalkan maklum balas diruangan tersebut dengan menzahirkan rasa kagum terhadap waris-waris mangsa kerana bijakmenguruskan wang pampasan tersebut.

Hal ini kerana ia bukan sahaja dapat mencantik dan menambahbaikkan insfrastruktur binaan tersebut, malahan menjadi saham akhirat kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut.

Pemikiran waris yang bernasSemoga pahala berterusanWaris yang betul sayangkan keluarga

Sumber : Berita Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here