“Tak berbaloi bertahan…” – Kes curang! Netizen minta Bella berhenti seksa diri, lepaskan Aliff

Lumrah kehidupan pasangan suami isteri pasti diselangi dengan pelbagai dugaan dan ujian, ada yang mampu bertahan namun ada yang berhenti di pertengahan jalan dek kerana tidak sanggup menanggung derita emosi.

Curang adalah antara punca yang membawa kepada pergolakan rumah tangga, lazimnya yang menjadi mangsa adalah sang isteri yang terpaksa berdepan dengan sikap tidak setia si suami.

Begitu jugalah dengan kisah penyanyi Alif Aziz dan isterinya Bella Astillah, selepas beberapa siri kecurangan Alif terbongkar, penyanyi tersebut bagaikan tidak serik dan masih melakukan kesilapan yang sama.

Sudah masuk kali-4 curang!

Walaupun masalah rumah tangganya masih lagi belum menemui jalan penyelesaian selepas kes curang bersama seorang pelakon, Alif menggemparkan media sekali lagi dengan foto mesranya bersama seorang gadis remaja berusia 17 tahun.

Berita tersebut membuatkan semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kelakuan penyanyi tersebut, yang disifatkan seperti suami yang tidak tahu menghargai hati seorang isteri.

You deserve someone better

Selepas tularnya foto tersebut, netizen telah memenuhi ruangan komen di Instagram Bella untuk meluahkan rasa simpati mereka terhadap Bella, malah ramai menasihati agar dia memikir semula keputusannya untuk tidak bercerai dengan Alif.

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk Bella memikirkkan mengenai perasaan dan maruahnya sebagai isteri, kerana dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaannya sendiri.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here