Terawih paling lama di dunia, Indonesia buat 30 juzuk setiap malam

Ramadan adalah waktu yang ditunggu-tunggu berikutan fadilatnya yang besar, malah pahala bagi ibadah yang dilakukan pada bulan berkenaan adalah dua kali ganda berbanding bulan biasa.

Jadi tidak hairan sekiranya masjid dan surau sentiasa dipenuhi jemaah pada setiap masa, terutamanya ketika solat sunat terawih.

Baru-baru ini rakaman video di Indonesia memperlihatkan jemaah mengerjakan solat dengan sepantas kilat. Mereka juga dapat menghabiskan sebanyak 23 rakaat dalam masa tujuh minit sahaja.

Turut berlaku di Indonesia, jemaah di Masjid Agung Al-Fatah, Desa Temboro melaksanakan terawih sebanyak 20 rakaat selama lapan jam setiap hari sepanjang bulan puasa.

Habiskan satu al-Quran setiap malam

Menurut Zaenal Abidin, wakil dari masjid berkenaan berkata, perkara tersebut dilakukan bagi menghabiskan satu mashaf al-Quran setiap malam.

“30 juzuk al-Quran dibahagikan dalam 20 rakaat. Makanya imam akan menghabiskan satu juzuk bagi satu rakaat.”

Jemaah tak ramai dan pilih masjid lain

Tambahnya Zaenal yang turut merupakan pengurus sekolah pondok di sana, kebanyakan jemaah di masjid berkenaan merupakan para pelajarnya.

“Solat terawih di masjid ini terbuka untuk umum, tapi tempoh yang terlalu lama membuatkan orang memilih masjid lain.”

Bagi memastikan kelancaran solat di situ, empat imam dilantik setiap malam dan akan bergilir-gilir mengetuai jemaah yang lain.

Sumber: Siakap Keli, Liputan6

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here