Alif Satar kebal tanpa gosip sensasi, Aliff2 lain masih ada isu kontroversi

Perumpamaan paling popular ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ sesuai digambarkan bagi kontroversi melanda penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang berlaku curang terhadap isterinya.

Mana tidaknya gara-gara menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen, selebriti bernama Alif yang lain turut terpalit sama sehingga mengundang ramai orang ‘menyerang’ laman media sosial mereka.

Menerusi laman Instagram, Alif Satar memuat naik sekeping gambar seolah-olah meluahkan perasaan kecewa dengan menutup muka apabila terdapat komen mengaitkan dirinya dalam kontroversi berkenaan.

Aduhhh!

View this post on Instagram

🤦🏽‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu mendapat persetujuan netizen untuk dijadikan sebagai artis contoh yang hanya berbekalkan bakat versatil tanpa sebarang gosip murahan.

Artis bebas tanpa gosip!

Bagi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pula, beliau turut berkongsi sebuah video yang memberitahu perbezaan antara dirinya dan Alif Aziz kerana banyak menerima kecaman netizen akibat isu kecurangan tersebut.

Tolong jangan salah komen!

View this post on Instagram

korang tau beza tak org ye?? tolong jgn salah komen kat page org lain . . disebb ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz… cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa …. saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya… hmm doakan baik2 utk beliau… . . tag kawan korang yg selalu confius ni😞

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun pengasas produk D’Herbs itu kadangkala mencetuskan beberapa isu hangat seperti tarian Bobo Dimana, lakonan dalam filem Badang dan merotan anak sehingga disiasat pihak polis dan JKM.

Menerusi laman Twitter, nama Alif Satar diulang kicau sebanyak lebih 25,000 kali yang kekal menjadi pilihan hati netizen berbanding Aliff Aziz yang hanya mendapat hampir 1,500 tanda suka.

RT for Alif Satar
Like for Aliff Aziz pic.twitter.com/wtVnf8QRg4

— 𝑹𝒂𝒛𝒛𝒊𝒆𝒇 𝑮𝒉𝒂𝒛𝒂𝒍𝒊 (@razziefghazali) May 14, 2019

Sumber : Instagram selebriti , Twitter

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here