“Arwah bayar bil masjid guna duit sendiri…” – Kebaikan pak cik ini selepas meninggal dunia, buat ramai sebak

Setiap insan bergelar Muslim mesti mengimpikan pengakhiran hidup dengan cara yang dimuliakan oleh Allah, iaitu dipanggil sebagai khusnul khatimah.

Selalu bayar bil masjid senyap2, pakcik ini ‘pergi’ dalam solat di rakaat kedua

Namun bukan calang-calang orang yang mendapat nikmat khusnul khatimah, siapa yang berjaya memiliki pasti ketika hayatnya dia sering mengerjakan pelbagai kebaikan.

Baru-baru ini seorang jemaah masjid dilaporkan telah meninggal dunia ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Bemban, Trong di Taiping, dan pemergiannya dicemburui ramai.

Tak pernah ambil upah masak untuk jemaah masjid

Pasti ramai yang tertanya apakah amalan mulia arwah yang dilakukan ketika hidupnya, sehingga nyawa diambil pada saat yang dimuliakan, iaitu ketika beribadah.

Dikenali sebagai Sharuddin Nordin,65, beliau adalah seorang tukang masak di masjid dan telah berkhidmat selama 12 tahun. Apa yang menarik, arwah tidak pernah meminta sebarang upah atau gaji.

Jenis pendiam dan tak banyak cakap…

Anak arwah, Asnalhuda ketika ditemui pihak media, telah menceritakan serba sedikit keperibadian ayahnya yang pendiam dan tidak suka bercerita mengenai perkara kebaikan yang dilakukan.

Buat amal2 diam, orang tanya dia senyum sahaja..

Selain memasak, arwah juga ditugaskan untuk menguruskan segala pembayaran bil api dan air masjid, yang sepatutnya dibayar menggunakan dana daripada tabung masjid.

Menurut pengerusi masjid tersebut, Zainuddin Hamzah, arwah selalu membawa baki wang yang sebanyak seolah-olah tidak digunakannya, justeru dia mengesyaki arwah membayar dengan duitnya sendiri.

“Arwah turut menguruskan semua bil masjid melalui tabung derma masjid tanpa pernah beritahu wang derma tidak cukup…”

Kisah pemergian arwah mendapat perhatian ramai yang kagum dengan peribadi dan kemulian hati arwah. Semoga suatu hari nanti kita juga mampu mengecapi pengakhiran yang baik.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here