“Banyak perkara rasa lain…” – Ramadan tanpa Adib, rasa rindu bapa tak dapat dibendung lagi

Menyambut Ramadan tanpa kehadiran insan yang tersayang pastinya membuatkan jiwa dirundung perasaan sedih dan pilu, wajah yang sering dilihat kini hanyalah sebagai kenangan.

Begitulah kini yang dirasai oleh kedua orang tua kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai bomba yang terkorban ketika sedang menjalankan tugas semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Bagaikan baru semalam berlaku…

Muhammad Adib meninggal dunia selepas 21 hari haru bertarung nyawa pada 17 Disember tahun lalu, akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya.

Hampir memasuki tempoh lima bulan pemergian Adib, namun buat bapa, Mohd Kassim, pemergian anak kesayangan mereka itu bagaikan baru semalam.

Dia suka makan macam2…

Dia yang ditemu bual media, telah berkongsi antara momen indah bersama Adib ketika hayat anaknya itu masih ada, siapa sangka di sebalik ketenangan wajah bapa berusia 64 tahun, rupanya tersimpan rasa sedih dan rindu yang sukar diungkapkan.

Menurut bapanya, salah satu kesukaan Adib apabila menjelang bulan Ramadan ialah di sangat gemar makan pelbagai jenis makanan setiap kali pulang ke rumah.

“Banyak perkara yang rasa lain…”

Justeru, untuk Ramadan pertama tanpa Adib dirasakan begitu sunyi dan terasa sangat lain, jauh di sudut hati seorang ayah ini masih tidak mempercayai bahawa dia kehilangan anaknya yang amat disayangi.

Walaupun tidak banyak yang dikongsikan, namun ia sudah cukup untuk kita menyelami hati seorang ayah yang amat merindui anaknya, yang kini hanya hidup di dalam kenangannya.

Semoga kematian Adib mendapat pembelaan yang wajar dan diadili dengan penuh adil dan saksama, agar tiada lagi nyawa insan tidak berdosa terkorban.

Sumber : mStar online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here