‘Batman’ bagi amaran untuk Malaysia, bantah hukuman terhadap ‘geng pelangi’

Beberapa minggu lepas, kerajaan Brunei Darussalam telah menarik balik hukuman hudud bagi pesalah LGBT kerana didesak keras oleh beberapa artis Hollywood yang menyokong hubungan sejenis itu.

Penarikan hukuman tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada pihak-pihak tertentu kerana sebelum ini kerajaan Brunei begitu kukuh dengan pendirian menjalankan hukuman secara Islam bagi kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat Brunei.

Amaran untuk Malaysia & Singapura

George Clooney merupakan aktor terkenal Hollywood dengan angkuhnya telah memberitahu kepada umum ketika bersiaran dalam program Ellen bahawa dia telah berjaya menundukkan Brunei supaya tidak menghukum bunuh pesalah LGBT ini.

Dia turut menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan amaran kepada Singapura dan juga Malaysia berhubung isu hukuman hudud.

“Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tapi akan beri kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka.

“Itulah caranya.” kata Clooney.

The Sultan of Brunei passed a law that made being gay punishable by death. George Clooney spoke up. I couldn’t be more grateful. pic.twitter.com/TYZNdrHMN8

— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) May 9, 2019

Tak perlu masuk campur

Keangkuhan aktor yang membintangi filem Batman ini nyata tidak disenangi oleh masyarakat Islam yang ada di antara mereka merupakan peminatnya. Mereka telah menyerang akaun Twitter Ellen Degeneres yang memuat naik sedutan temu bual tersebut.

Penyibuk!
Syria & Palestin punya isu pun tak settle lagiSibukkan negara sendiri lah!

Sumber : Ellen DeGeneres

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here