Hujan lebat terbangkan khemah di bazar, peniaga redha anggap rezeki tertunda

Bazar Ramadhan adalah salah satu perkara yang membuatkan ramai yang ternanti-nanti untuk menyambut bulan mulia berkenaan, selain menunaikan solat tarawih.

Namun, cuaca yang tidak menentu seakan-akan tidak menyebelahi peniaga dan juga pembeli, terutamanya ketika hujan lebat dan ribut kuat.

Angin kuat robohkan khemah peniaga

Semalam telah tular sebuah video hujan lebat dan angin kuat di bazar Taman Setia Tropika, Johor Baharu yang telah menerbangkan beberapa khemah peniaga di bazar.

Video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan, peniaga kelihatan bertungkus-lumus mengemas barang jualan, sambil sedaya-upaya menahan khemah daripada diterbangkan angin ribut.

Kawasan jualan banjir selepas hujan lebat

Namun begitu, peniaga di bazar Ramadhan Jalan Raja, Kuala Lumpur turut menjadi mangsa hujan ribut, apabila dilanda banjir kilat pada 14 Mei lalu.

Hujan lebat kira-kira jam 8.30 malam tadi, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lot tapak terjejas berikutan air naik sehingga paras buku lali dan hanya surut selepas kira-kira 20 minit.

Air naik sehingga paras buku lali

Menurut salah seorang peniaga, Azkhalim Suraidi, longkang tersumbat dan kawasan yang agak rendah menyebabkan aliran air menjadi perlahan dan membuatkan air bertakung.

“Ini baru hujan lebat setengah jam. Kalau hujan lebat dua jam, tak tahu macam mana. Kawasan fasa satu agak rendah berbanding fasa dua.”

Netizen bersimpati terhadap peniaga bazar

Kebanyakan netizen sedia maklum akan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca dan tidak terkejut dengan insiden yang berlaku. Namun, rata-ratanya menasihatkan peniaga agar bersabar dan tidak patah semangat.

Amaran ribut kerap dikeluarkan sekarangHari ni tak ada rezeki, mungkin esok berlipat ganda

Bukan Johor je, negeri lain pun ribut kuatPernah rasa perasaan takut tuMungkin satu petanda daripada Allah

Sumber: Sinar Harian, Orang Kota – Tinggi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here