Layan lagu nasyid sejak kecil, Alif Satar puas berjaya capai impian duet bersama Raihan

Siapa yang masih tidak mengenali selebriti versatil Alif Satar, boleh dikatakan walaupun jarang sekali terpalit dengan kontroversi, pelantun lagu Jangan Nakal ini masih mampu menempa populariti di dalam industri seni.

Selepas melakukan kolaborasi bersama kumpulan Raihan, lagu Sesungguhnya itu dianggap sebagai satu kejayaan kerana duet mereka mendapat pujian dan sambutan hangat daripada peminat muzik tanah air.

Throwbacak pernah masuk pertandingan nasyid

Ternyata minatnya terhadap bidang nyanyian sudah bermula sejak daripada kecil lagi, perkara itu didedahkan menerusi laman Instagram Alif yang memuat naik gambar throwback ketika memasuki pertandingan nasyid.

Foto yang dihantar oleh ibunya itu telah menggamit kembali memori zaman kanak-kanaknya dimana kelihatan penyanyi berusia 29 tahun itu menyertai pertandingan nasyid dengan mengetui nyanyian bersama rakan-rakan yang lain.

View this post on Instagram

semua orang layan nasyid dari kecik sampai besar.. 😂 time ni masuk competition nyanyi lagu Raihan. siapa dulu masuk pertandingan nasyid, kita geng!😂💪🏽 #AdikAdikRaihan p/s mum sent me this photo earlier, love u ma♥️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Layan lagu Raihan sejak kecil…

Menurut Alif, dia sememangnya meminati kumpulan tersebut sehingga menyanyikan lagu mereka dalam pertandingan nasyid yang disertainya itu.

Kita geng bro…

Gambar throwback tersebut telah mendapat ribuan komen daripada pengikutnya di Instagramnya yang rata-ratanya sempat mengimbau kembali kenangan masing-masing.

Zaman sekolah dulu layan Raihan dengan Hijjaz
Akhirnya dapat juga Alif nyanyi dengan RaihanTeringat pula mase zaman sekolah nyanyi lagu ‘Ibu Mithali’
Minat nasyid sampai sekarang…Dah praktis dari kecik rupanya…

Sumber : Alif Satar

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here