Sebulan bernikah, suami bawa Nelydia Senrose ‘honeymoon’ ke Mekah

Selepas mendirikan rumah tangga pada awal April lalu, nampaknya pelakon cantik Nelydia Senrose belum berkesempatan untuk berbulan madu bersama suami. Selepas sibuk menguruskan urusan kerjaya masing-masing, hari ini, Nelydia bersama suami telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah hari ini.

Tunai Umrah bertiga

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya pada tengahari tadi semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

View this post on Instagram

Assalamuallaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya. Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak. Doa kan segala urusan saya di permudahkan , dan saya akan doa kan kalian juga di sana InsyaAllah.

A post shared by @ nelydiasenrose on

Mohon maaf sebelum berangkat

Kehadirannya ke Mekah dan Madinah juga turut disertai oleh kakaknya iaitu pelakon berbakat, Uqasha Senrose. Manis bertudung labuh, Nelydia telah memohon ribuan kemaafan andai pernah melakukan sebarang kesilapan kepada semua.

Semoga dipermudahkan urusan

Menerusi ruangan komen Instagram pelakon kelahiran Kelantan ini, rata-rata netizen mengucapkan selamat jalan kepada Nelydia dan suami serta Uqasha Senrose. Mereka turut mendoakan agar mereka semua mendapat Umrah yang mabrur.

Cantiknya Nely pakai tudung labuh!Harap dapat rezeki zuriat
Selamat pergi dan balik!

Sebelum ini Nelydia Senrose telah diijab kabulkan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafez Halimi pada 6 April 2019 selepas lama berteka-teki mengenai hubungan cinta mereka.

Sumber : Nelydia Senrose

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here