Temui ajal ketika laung azan, guru kongsi sifat terpuji bilal muda

Minggu lepas, seorang bilal muda telah meninggal dunia semasa sedang melaungkan azan Jumaat. Jemaah yang sedang bersedia untuk menunaikan ibadat wajib itu telah menjadi saksi pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) menemui Illahi.

Amirul Najmi yang sedang berada di semester 5 pengajiannya telah menjadi bilal pelatih di KUIPSAS dan dipertanggungjawabkan untuk melaungkan azan pada hari tersebut.

Cikgu terasa kehilangan

Pemergiannya telah ditangisi oleh ramai pihak kerana semasa hidup, Amirul Najmi merupakan seorang remaja yang baik dan pemurah. Hal tersebut telah dikongsi oleh bekas gurunya yang dikenali sebagai Normujaidah Osman.

Betugas di SMK Seri Mahkota Kuantan, Normujaidah atau mesra disapa teacher merupakan guru bahasa Inggeris telah menceritakan serba sedikit mengenai peribadi Amirul.

Anak didik jadi ustaz
Nak jemput bagi talk, tapi segan sebab masih baru
Sekarang tugas teacher pula sebar kebaikan kamuDamailah jiwa yang dipilih Allah…

Coretan daripada guru bahasa Inggeris itu telah dikongsi oleh ratusan warganet yang rata-rata turut meninggalkan komen di ruangan Facebook guru tersebut. Mereka telah menzahirkan salam takziah serta mendoakan agar arwah diletakkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga rohnya dicucuri rahmatBerehatlah di syurga…

Sumber Normujaidah Osman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here