Bella Astillah tiba di mahkamah, fail cerai terhadap Aliff Aziz

Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Aliff Aziz. Permohonan cerai telah difailkan oleh Bella pada Mac 2019 dan hari ini merupakan porsiding ketiga kes tersebut.

Hari ini penentu hubungan

Menurut peguam yang mewakili bella Astillah, pada hari ini juga nampaknya Aliff bakal melafazkan cerai terhadap Bella selepas bersetuju untuk berpisah secara baik selepas beberapa kali perbincangan.

Bakal bercerai

Berdasarkan temu bual wartawan Harian Metro dengan peguam Bella di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Aliff Aziz nampaknya akan muncul di sana bagi melafazkan talak terhadap Bella.

Beberapa hari lepas, Aliff Aziz mengejutkan ramai pihak apabila gambar mesranya bersama seorang remaja tersebar. Pagi tadi, gambar bersama seorang model pula tersebar dan menyebakan dirinya teruk dihentam netizen kerana berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here