Doktor beritahu harapan mungkin tipis, suami ini tetap yakin isteri mampu sembuh cetus hiba

Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk, tidak semua lelaki berperangai buaya seperti yang disangka kerana masih wujud seorang insan yang bergelar suami setia.

Menerusi perkongsian di Facebook, dengan nama akaun Encik Ayie, dia telah meluahkan kesedihan yang terbuku di dalam hatinya selepas melihat keadaan isteri, Nurul Nadia, kini berada di Unit Rawatan Api (ICU).

Saya takkan tinggalkan awak…

Sempat mengenang momen indah bersama, lelaki ini sempat bercerita bahawa sebelum mereka disatukan, ramai yang menganggap bahawa dia tidak layak untuk isterinya.

Namun, ternyata dia telah membuktikan bahawa dia sangat ikhlas mencintai Nurul Nadia, sejak daripada saat mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Dari hari saya salam tangan tok kadi saya berjanji dengan diri, takkan tinggalkan awak, saya sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat, sebab saya nak bila awak sedar saya orang pertama yang awak nampak…”

Terima apa pun keadaan seadanya…

Buat Ayie, biar pun apa kekurangan isterinya dia tetap terus menyayangi dan menjaga wanita yang sangat dicintainya selagi nyawa dikandung badan.

“Saya tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ade dengan saya sama2 kita besarkan anak kita . Saya boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu cukup memadai…”

Doktor dah bagi tahu mungkin tak dapat bertahan…

Walaupun doktor telah memaklumkan bahawa isterinya mungkin tidak dapat bertahan menyebabkan dia hampir putus asa, tetapi semangat juang isterinya tinggi.

Sehingga kini wanita itu masih boleh lagi bertahan, membuatkan Ayie yakin bahawa dengan kuasa Allah isterinya mampu untuk bangun dan sembuh seperti sebelumnya.

Rawat jiwa dengan bersedekah, agar ada berkat…

Tidak hanya duduk menanti, Ayie mengisi masanya dengan melakukan kerja amal dengan bersedekah kepada golong memerlukan diniatkan buat isterinya, semoga ada berkat dan hikmah yang menanti.

Tidak putus dapat doa orang ramai…

Diruangkan komen, dilihat orang ramai tidak putus-putus menitip doa agar isterinya diberikan kesembuhan dan dapat menjalani hidup bahagia disamping keluarganya.

Sumber : Encik Ayie

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here