Gambar Aliff Aziz bercumbu dengan model seksi pula tersebar?

Beberapa hari ini, kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz semakin hangat diperkatakan orang ramai di media sosial. Jika sebelum ini sekeping gambar yang didakwa mirip suami kepada Bella Astillah itu bersama seorang remaja bawah umur tersebar, lain pula pada kali ini.

Aliff bercium pulak!

Terbaru menerusi “Private Message”, Oh My Media telah menerima kiriman beberapa keping gambar penyanyi kelahiran Singapura itu bercumbu dengan seorang wanita lain.

Siapa wanita ini?

Wanita berpenampilan hoodie berwarna merah dan berseluar jeans didakwa merupakan seorang model kelahiran Indonesia itu kelihatan bergambar mesra dengan Aliff dipercayai ketika berada di sebuah kelab malam.

Difahamkan, wanita seksi itu merupakan ‘mangsa’ keempat yang mempunyai hubungan dengan suami kepada penyanyi, Bella Astillah walaupun sudah memiliki seorang anak lelaki.

Walau bagaimanapun, kesahihan gambar tersebut belum dapat dibuktikan lagi sama ada gambar terbaru ataupun gambar lama.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here