Gigih uli tepung habis sekolah, cikgu2 lelaki ‘bersilat’ di dapur sedia juadah untuk berbuka

Berbuka puasa bersama-sama sudah pasti sangt menyeronokkan. Lebih menggembirakan apabila juadah itu disediakan sendiri dan dihidang semasa berbuka puasa.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pemilik akaun yang dikenali sebagai BungoLale telah menceritakan serba sedikit mengenai tradisi setiap kali Ramadan menjelma di SK. Lemoi, Cameron Highland.

Masak untuk berbuka

Para guru yang mengajar di sana akan mengambil giliran untuk membuat kuih bagi juadah berbuka puasa yang diadakan di sekolah pedalaman tersebut. Menerusi tweet tersebut juga, guru-guru di sana akan memasak di sekolah tersebut selepas waktu persekolahan.

Tradisi setiap Ramadan diteruskan; bergilir-gilir buat kuih untuk moreh. Oleh sebab makanan berbuka kami tempah di kantin sahaja, maka untuk moreh kami pilih untuk meneruskan tradisi ini. Semalam punya kuih ialah onde-onde (kelapa masin sikit) dan martabak sedap guna kulit popia. pic.twitter.com/Vp1s7yKvoY

— BungoLale (@bungolale) May 14, 2019

Gambar yang disertakan menerusi perkongsian itu menunjukkan kebanyakkan guru yang membuat kuih adalah guru lelaki dan masih muda.

Amboii ada murtabak!
Bukan biasa2 cikgu ni

Disamping membuat menu juadah berbuka, guru-guru lelaki tersebut juga menyediakan makanan ‘moreh’ yang akan dijamah selepas Terawih.

Beberapa netizen telah meninggalkan komen di ruangan Twitter BungoLale dengan menyatakan rasa teruja melihat para guru bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka turut memuji tradisi tersebut yang kelihatan seronok.

Dengan baju kerja lagi tuu…Bestnya cikgu-cikgu macam niSemua cikgu & staf yang buat

Sumber : Bungo Lale

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here