“Memang kotor, tapi inilah kerja mulia…” – Netizen puji Haniff sahut cabaran jadi pengutip sampah

Selalunya pekerjaan sebagai pengutip sampah bukanlah satu profesion yang diidamkan, dengan suasana kerja yang bergelumang sampah ditambah pula dengan bayaran yang hanya seberapa, tidak semua yang mahu.

Namun, masih ada juga yang sudi memilih pekerjaan itu, seperti baru-baru ini pihak stesen Radio Era FM telah membuat satu cabaran untuk para penyampainya, salah satunya mengutip sampah.

Cabaran itu disahut baik oleh penyampainya, Haniff Hamzah, yang ditugaskan untuk membersihkan sampah di sekitar kawasan Chow Kit, bersama-sama dengan pekerja pembersihan daripada Syarikat Alam Flora.

Penat dan mencabar…

Menerusi muat naik di Instagram Haniff, penyampai radio itu sempat berkongsi antara momen-momen ketika dia menjalankan cabaran tersebut, sambil dibantu oleh pekerja pembersihan yang lain.

View this post on Instagram

Dalam banyak cabaran benda aku pernah buat ini paling penat dan mencabar. Makanan, lampin, pakaian, tikus, najis semua aku nampak harini. #haniffgetsdirty #haniffcleanskl

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on

Lampin, tikus, najis semua aku nampak hari ni…

Lumrah bekerja sebagai pengutip sampah, berada dalam suasana yang kotor adalah satu perkara biasa bagi mereka, bagi Haniff yang mungkin baru pertama kali, merasakan pekerjaan itu sangat memenatkan dan mencabar.

“Dalam banyak cabaran benda aku pernah buat ini paling penat dan mencabar. Makanan, lampin, pakaian, tikus, najis semua aku nampak harini…”

Bukan semua sanggup kutip sampah orang

Rata-rata netizen, jelas berbangga dengan tindakan Haniff yang sanggup meredah pelbagai jenis sampah bagi membantu kerja-kerja pembersihan tanpa ada rasa prejudis dan malu.

Sanggup angkut sampah, bukan kerja senang nak harung sampah orang
Orang nampak kotor tapi ni la kerja yang mulia… Saya hormat dengan kerja mereka, kalau takde mereka semua tempat kotor

Sumber : Haniff Hamzah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here