Serentak bercerai, Ain Afini dan Bella Astillah rela menjanda dari hidup dengan suami curang

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pasti yang diimpikan adalah sebuah kebagian, namun siapa kita untuk menyangkal jika kebahagian yang diharap sebenarnya bukanlah milik kita.

Begitu jugalah dengan kisah Bella Astillah dan Ain Afini, mereka tidak saling mengenali, tetapi hakikatnya dua wanita ini berkongsi kisah yang sama, iaitu dicurangi suami.

Serentak bercerai…

Bagaikan satu kebetulan, selepas Ain Afini telah disahkan bercerai dengan PU Abu, tidak lama kemudian Bella Astillah pula mengesahkan telah berpisah dengan suaminya, Aliff Aziz.

Lebih rela menjanda dari hidup derita emosi

Pasti bukan mudah buat dia wanita ini melepaskan insan yang dulunya mereka cintai, ditambah pula masing-masing kini sudah pun secara rasmi bergelar ibu tunggal.

Ain Afini diceraikan selepas dia enggan bersetuju untuk berpoligami bersama seorang wanita, yang dikenali sebagai Hana Azraa, manakala Bella pula, sudah cukup menanggung sabar dengan episod curang Aliff Aziz.

Ibu tunggal hati kental…

Masing-masing bergelar ibu, Ain Afini yang kini sarat mengandung bakal melahirkan tanpa lelaki bergelar suami di sisi, dan Bella bakal membesarkan anaknya, Ayden seorang diri.

Diharapkan mereka berdua tabah, semoga akan dapat pengganti yang jauh lebih baik dan mampu membahagiakan di dunia dan akhirat.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here