Berjumpa awal bulan Januari, Siti Kharina dan suspek kenal melalui laman sosial

Selepas penahanan suspek utama dalam kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, pihak polis telah melakukan siasatan dengan lebih menyeluruh dan tulus bagi menyelesaikan kes tersebut.

Suspek utama yang dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowonle yang merupakan warganegera Nigeria telah disyaki terlibat dalam kes ini.

Penahanan suspek utamaKenal melalui laman sosial…

Menurut pihak polis hasil siasatan mendapati, mangsa dan suspek telah mengenali satu sama lain selama beberapa tahun melalui laman sosial.

“Dia (suspek) kenal melalui media sosial kemudian datang berjumpa dengan mangsa (Siti Kharina) pada awal bulan Januari.”

Sebelum ini pihak polis ada memaklumkan bahawa suspek mempunyai akses terhadap rumah sewa Siti Kharina dan suspek merupakan orang terakhir yang keluar daripada rumah sewa mangsa.
Yakin mampu selesaikan kes..

Pihak polis dalam kenyataannya, yakin akan dapat menyelesaikan kes ini selepas suspek utama berjaya dikesan tidak sampai 24 jam selepas mayat ditemui.

Setakat ini, polis telah menahan tiga suspek iaitu seorang wanita Nigera, lelaki warga Pakistan dan suspek utama Aliwajuwon.

Hubungan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan juga motif pembunuhan Siti Kharina juga masih dalam siasatan, jelas beliau.

Sumber : Astro Awani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here