Chef selebriti, Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam pergi menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru pada pagi Ahad.

Berita sedih itu dikongsikan oleh sepupu Allahyarham, Natasha Amran menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam tadi.

View this post on Instagram

ALFATIHAH UNTUK ADAM SEMOGA ROH ADAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN

A post shared by natashaamran (@natashaamran) on

“Sepupu saya, Adam baru sahaja meninggal dunia pagi ini. Allahuakbar. Al-Fatihah untuk Adam. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya.

Adam yang berusia 29 tahun itu meninggal dunia di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

View this post on Instagram

Jenazah Adam akan disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10 pagi ni Dan akan di bawa ke tanah perkuburan Lemal, Pasir Mas

A post shared by natashaamran (@natashaamran) on

Terdahulu, Allahyarham mula dikenali setelah menyertai rancangan Hero Oven musim kedua di TV3, selain banyak berkongsi tutorial masakan di laman Instagram.

Allahyarham juga merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak perempuan yang pernah menjadi tular gara-gara fasih berdialek Kelantan.

Sumber : Natasha Amran

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here