Netizen tentang imej bertudung Sajat pada majlis pengebumian pengasas Dnars

Umum sedia maklum bahawa ramai yang masih keliru dengan status jantina Nursajat, yang sebenarnya dikatakan seorang lelaki dengan nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Justeru, sebelum ini ada ura-ura yang mendakwa bahawa Nursajat bakal disaman oleh Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dan dihalang ke Kelantan, kerana pemakaiannya yang bertentangan dengan jantina asal ketika datang ke negeri itu.

Sajat masih mahu pakai tudung di Kelantan…

Baru-baru ini di laman Instagram usahawan tersebut, dia telah memuat naik video menghadiri majlis pengebumian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad

Walaupun telah mendapat teguran daripada beberapa NGO terbabit mengenai imejnya, Nursajat masih lagi mengenakan tudung ketika hadir ke majlis pengebumian tersebut, di Kelantan.

View this post on Instagram

YA ALLAH… hati ku tak kuat buat akak ku @faziani_rohban … YA ALLAH,tempatkan arwah di kalangan orang orang beriman.. ampuni lah dosa arwah…arwah seorang yang sangat baik…. semua orang sayang arwah..sedih nya😭….

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

Sajat yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir, sempat meluahkan rasa duka di atas pemergian arwah yang cukup tragis dan menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang baik.

Sajat tak rasa bersalah ke?

Setelah umum mula mengetahui jantina asalnya rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang mengenai imej bertudung yang dikenakannya, ketika menghadiri majlis pengebumian tersebut.

Dah laki tu laki jugak la, tak payah nak bertudung sangat
Sajat sangat memalukan pergi kubur pakai tudung…

Sumber : Nursajat

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here