Penarik kereta dituduh perogol & disembur ubat nyamuk, oleh wanita 5 bulan tak bayar hutang

Sudah menjadi satu penyakit dalam kalangan orang kita kalau bercakap soal hutang, ramai diantara kita ini pastu berdepan dengan golongan susah hendak membayar hutang.

Baru-baru ini telah tular beberapa video mengenai seorang perempuan yang bertindak menjerit dan menuduh dua orang penarik kereta sebagai perogol telah menjadi kecaman netizen.

Pakai Honda, hutang tak bayar…

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Benjamin Al Shariff, dua orang lelaki tersebut diarahkan untuk mengambil kereta jenama Honda wanita, namun telah dituduh sebagai perogol.

Berang kereta mahu diambil, wanita tersebut yang enggan memberi kerjasama telah menjerit dengan kuat sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar, sebelum bertindak melarikan diri.

Posted by Benjamin Al Shariff on Saturday, May 18, 2019

Posted by Benjamin Al Shariff on Saturday, May 18, 2019

Sembur dengan ubat nyamuk

Bukan sahaja dia bertindak menjerit dan menuduh dua orang penarik kereta sebaga perogol, malah wanita itu juga menggunakan penyembur nyamuk untuk mengusir lelaki yang cuba menarik keretanya.

5 Bulan tak bayar tunggakan…

Difahamkan, wanita tersebut telah lima bulan tidak membayar wang tunggakan kereta yang terakhir dibayar pada bulan Februari, yang menyebabka kereta terpaksa di tarik oleh pihak bank.

Kalau tak mampu pakai viva jela kak…

Disebabkan sikap wanita tersebut, dia telah menerima kecaman ramai kerana disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab melangsaikan hutang.

Bertabah la bang repo dalam mencari rezeki…
Ingat orang pakai kereta H ni kaya sangat…

Oleh itu beringat;ah kita, beli ikut kemampuan jangan hanya nak kelihatan hebat, hidup pula dibelengu dengan hutang keliling pinggang.

Sumber : Benjamin Al Shariff

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here