“Sebuah hidup yang lebih baik menanti…” – Coretan terakhir arwah undang sebak

Masih lagi terkejut dengan pemergian Chef selebriti, Mahamed Adam atau lebih mesra dikenali sebagai Adamdidam, mana tidaknya rancangan memasak selalu menjadi inspirasi buat kita dalam mencuba pelbagai resipi.

Tiada siapa pernah menyangka Adam dijemput Ilahi dalam usia yang masih muda dan ketika dirinya sedang mengembangkan karier masakannya.

Tiada lagi masak bersama Adam…

Adam mula jatuh sakit pada awal tahun dahulu, tetapi kembali semula ke set pengambaran untuk meneruskan rancangan memasak bersama astro iaitu Jelajah rasa Nusantara dan Rasa Ketuhar Kuali.

Namun, kesihatannya mula merosot dan nampaknya, itulahlah rancangan terakhir yang dijayakan bersama rakan pengacara, menerusi laman Instagram majalah rasa, sempat mengimbau kembali momen semasa bekerjasam dengan arwah Adam.

View this post on Instagram

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Takziah kepada keluarga Allahyarham chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang dijemput Ilahi pagi tadi. Antara posting kedua terakhirnya di Instagram. "Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya. "Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda. "Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi," tulis Adam pada 20 Februari lalu. Semoga Adamdidam ditempatkan di kalangan orang-orang beriman Al-Fatihah.

A post shared by Majalah RASA (@majalahrasa) on

Sekelip mata, hidup berubah…

Lebih meruntun jiwa, ketika hayatnya arwah sempat menitip kata-kata semangat di dalam lama Instagram miliknya, berkenaan kisah kehidupannya yang kian berubah selepas diduga dengan masalah kesihatan.

“Percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda. “Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini…”

Itulah coretan terakhir Adam, jauh di dalam sudut hatinya bersemangat mahu memulakan kehidupan yang baru, namun Allah lebih mengerti apa yang terbaik.

Semoga ahli keluarga tabah menerima pemergian Adam dan diharapkan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Sumber : Adamdidam & Majalah Rasa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here