“Semoga Fatimah kuat…” – ‘Throwback’ video Adam & Fatimah, ramai mengalirkan air mata

Bagaikan sukar hendak dipercayai pemergian chef selebriti yang cukup dikenali, Adamdidam telah menyentak jiwa ramai, terutama para kenalan dan pengikut setia rancangan memasaknya.

Namun, sudah pasti yang lebih terkesan adalah ahli keluarga, pemergian di usia yang masih muda akibat jangkita kuman pada paru-paru satu dugaan besar yang terpaksa dilalui keluaraga arwah.

Mamajee kesayangan Fatimah…

Kalau ada yang masih mengingati video viral seorang kanak-kanak perempuan bernama Fatimah yang bermastautin di UK tetapi petah bertutur loghat Kelantan, merupakan anak buah kepada arwah Adam.

Menerusi laman Instagram, arwah banyak berkongsi video mengenai momen bersama anak buah kesayangan iaitu Fatimah dan dua orang lagi iaitu, Mukhtar dan Ali.

Mereka sangat rapat…

Boleh dilihat melalui video yang dikongsikan, mereka sangat rapat dengan arwah Adam yang mereka panggil sebagai mamajee iaitu gelaran untuk pakcik dalam bahasa hindi.

Sayu hati tengok video Fatimah bersama arwah…

Selepas mendapat berita mengenai perkhabaran sedih itu, rata-rata netizen yang mengikuti arwah Adam dan Fatimah, menjenguk semula video-video lama mereka, mengucapkan ucapan takziah di atas pemergiaan Chef selebriti itu.

Sumber : Adamdidma & The Family UK

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here