“Tiada satu pun keburukan didengar…” – Pemergian Faziani & Adam dalam keadaan mulia

Bagaikan masih sukar untuk dipercayai, pada bulan yang mulia ini kita telah kehilangan dua insan yang cukup istimewa di hati rakyat Malaysia.

Semalam kita dikejutkan dengan kematian pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, dan hari ini pula kita menerima berita pemergian chef selebriti, Adamdidam.

Arwah Faziani disayangi ramai…

Cukup pemurah dan baik hati, itulah antara sikap digambarkan mengenai arwah Faziani Rohban, yang maut dalam kemalangan, ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan dana kepada pusat tahfiz di Thailand.

Pemergian arwah bukan sahaja ditangisi oleh keluarganya, namun rata-rata sahabat dan kenalan yang hadir tidak dapat menahan sebak menerima berita kehilangannya.

Dia ikhlas dan tak pernah burukkan orang…

Rata-rata kenalan arwah, sempat berkongsi mengenai keperibadian mulianya sepanjang mereka bersahabat, antara yang menyentuh hati adalah luahan daripada usahawa Aliff Syukri dan Dato’ Vida.

View this post on Instagram

knp ramai org yg saya syg pergi…dia dah janji nak jumpa saya malam ni😭sahabt sy tolong doakan arwah . . Sedih terkejut menggigil kaki saya menerima perkhabaran sahabat seperjuangan bisnes saya kak @faziani_rohban kosmetik dan dnars.. telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan pagi tadi… . jujurnya pahit utk sy tulis ini sbb saya kenal kak faziani lebih 15tahun… ketika berniaga dipasar lagi sehinggalah beliau berjaya…saya terus terimbau kembali kebaikan kak faziani orangnya sangat 2 baik…setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah….ikhlas dan tidak pernah memburukkan org lain walau di diburukkan malah dia janji nak dtg majlis saya malam utk iftar siap booking 2org .. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh dan rezeki arwah pergi pada bulan ramadhan yg penuh keberkatan…malam ni lps majlis sy akan ke kelantan demi akak .. tanda peringatan dan penghormatan terakhir kri kat akak.. alfatiha😢😢😢

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Seorang yang sangat suka bersedekah…

View this post on Instagram

Kenapa saya tak bole MOVE ON lg.. Hanya Allah swt yang tahu.. dalam hati ni.. . BERBAUR BAUR PERASAAN SAYA.. wahai sahabatku.. kehilangan yg tiada ganti.. Semalam Tidur awal dlm keadaan nangis Sedar tidur.. Tersentak lagi,, Terbayang wajah sahabat yg baik Suara dia.. kesantunan arwah . . Saya tak mahu HITAMKAN gambar ni.. BIAR dia kekal berseri..dinegeri ABADI.. . . Siapa yg kehilangan PAsti rsa sakit.. Sy pula, tak berkesempatan Menziarah ke pusara arwah. . Tapi saya pasti Kamu WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT DI ALAM BARZAH DGN TABURAN BUNGA…VVIPNYA DI ALAM SANA..KAMU TELAH 😭💭CHECK IN DI SYURGA ABADI…PASTI… . . Semoga SYURGA TERTINGGI buatmu Sy pasti malaikat dan ahli2 syurga bersamamu. TENANG & AMAN DI SANA.. AL FATIHAH.. . Ambilah contoh apa yg telah arwah buat.. Banyak bersedekah..Jariah tanpa hirau lelah.. . 👇👇❤❤❤❤ ._Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?_ _Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_ . . _*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_ _*Satu*_ _Sebagaimana firman Allah, "…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah….." -(surah al munafiqun:10)_ _👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_ _👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_ _*Dua*_ _Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._ _*Tiga*_ _Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._ _*Empat*_ _Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._ _*Lima*_ _Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._ .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Ratusan hadir majlis pengebumian…

Begitu ramai yang hadir ketika majlis pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Tumpat, Kelantan, bagi memberi penghormatan terakhir disamping membantu menguruskan jenazah.

Pemergian Adam satu kejutan…

Tiada siapa yang mampu melawan takdir, pemergian chef selebriti Adam Mahamed Ismail, 29, atau Adamdidam
dalam keadaan yang mengejut, di usianya 29 tahun membuatkan ramai yang terkedu.

Difahamkan, arwah mengalami masalah kesihatan pada awal tahun ini dan keadaannya bertambah merosot sehingga mengakibatkan lumpuh separuh badan.

Adam disahkan meninggalkan dunia awal pagi tadi disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru dan telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Seorang anak yang baik…

Menurut satu laporan akhbar, ayah kepada arwah, Mahamed Ismail Mohamed Yusoff, berkata, sikap baik anaknya itu cukup disenangi oleh kesemua ahli keluarga.

Malah, menurut salah seorang rakan, bernama Izat menerusi satu temubual, mendedahkan bahawa Adam seorang anak yang sangat mengutamakan ibu dan bapanya.

Aturan yang indah…

Cukup indah aturan Allah buat mereka berdua, pergi di bulan yang sangat mulia dan tiada satu keburukan pun yang didengar mengenai kedua-dua arwah ini.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat, buat keluarga memang perit untuk ditelan namun diharapkan mereka dapat tabah dan kuat menerima ketentuan Ilahi.

Sumber : mStar Online & Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here