Abang bomba lulusan Al-Azhar siap hafal 30 juzuk al-Quran buat netizen tambah kagum

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama kira-kira setahun yang lalu. Fungsinya adalah untuk menyelaraskan program keagamaan dan kerohanian termasuk pengurusan jenazah anggota yang terkorban ketika bertugas.

Kebanyakkan daripada anggota bomba yang bertugas dalam unit tersebut mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi dan ada di antara mereka bergelar hafiz al-Quran.

Graduan dari Al-Azhar

Menerusi Sinar Harian, salah seorang Penguasa Bomba yang dikenali sebagai Luqman Ramli, 30, memberitahu bahawa dia memang berhasrat untuk menjadi ahli bomba. Dia yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah dari Universiti Al-Azhar, Mesir turut menghafal 30 juzuk al-Quran.

Memang ingin menjadi anggota bomba

Tambah PB Luqman, dia memasuki Maahad tahfiz pada usia 13 tahun selama empat tahun sebelum ke Maktab Mahmud, Langkawi bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Saya memang berhasrat untuk menjadi anggota bomba dan sebab itu saya mengisi permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) secara atas talian.

“Alhamdulillah hasrat saya tercapai dan menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu sebelum ditempatkan di unit integriti di Putrajaya.” katanya

Lulusan agama tidak semestinya menjadi ustaz

PB Luqman yang ditemui semasa majlis penutup Pertandingan Tilawah al-Quran, Alunan Azan dan Qasidah peringkat JBPM ini turut memberitahu bahawa selepas tamat pengajian di Universiti Al Azhar beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru tafsir dan hadis di Sekolah Menengah Agama (SMA) Baqayatussolihat selama tiga tahun.

“Berkhidmat sebagai anggota bomba menepati jiwa saya kerana berkelulusan bidang agama tidak semestinya akan bekerja sebagai ustaz.” katanya.

Patut dijadikan contoh

Menerusi muat naik tersebut di Facebook sumber, rata-rata netizen telah memberikan maklum balas positif di atas penubuhan unit tersebut. Mereka turut memuji Penguasa Bomba Luqman Ramli kerana dapat dijadikan contoh kepada anggota-anggota bomba yang lain.

Seimbang dunia dan akhiratTerbaiklah ustaz!

Sumber : Sinar Harian, Luqman bin Ramli

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here