Bulan depan jadi tunangan orang, Ain Edruce jangka naik pelamin hujung tahun ini

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara cantik Ain Edruce telah memaklumkan bahawa dirinya sudah pun dirisik oleh teman lelakinya, iaitu Amirul Hafiz. Majlis merisik yang diadakan di kediaman keluarga Ain pada bulan lepas dilihat begitu ringkas dengan kehadiran kedua-dua belah keluarga.

View this post on Instagram

I don’t know where to start… The best picture i had so far. ALHAMDULILLAH ❤️ @amirul_hafizz 💍

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Tunang bulan depan, nikah hujung tahun

Menerusi Berita Harian, Ain Edruce memberitahu akan mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati pada 22 Jun depan dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Kami sudah kenal hati budi masing-masing lebih setahun. Pada awalnya, memang ada perancangan bernikah Februari tahun depan.

“Namun, selepas berbincang dan keluarga lebih gembira kalau dipercepatkan, jadi kami pilih akhir tahun ini untuk majlis istimewa itu.” – Ujarnya.

Tahun ni raya biasa-biasa saja

Ain juga menambah bahawa sambutan Syawal kali ini lebih sederhana berikutan fokus dirinya lebih kepada majlis pertunangan dan persediaan perkahwinan.

“Tahun ini, saya tak beriya-iya membuat persiapan raya. Tumpuan lebih diberi kepada persiapan majlis pertunangan, bulan depan.” – Katanya.

Sebelum ini, Ain Edruce pernah membuat kejutan kepada teman lelakinya, Amirul Hafiz dengan membawa menaiki helikopter sempena ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, keluarga Hafiz telah datang bertemu keluarga Ain untuk menyarung cincin merisik sebagai tanda bakal melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber : Berita Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here