Nasib si tukang beli, makanan yang dikirim kawan selamat tapi makanan sendiri habis ‘terburai’

Bagi golongan bujang, selalunya jarang ada masa untuk menyediakan sendiri juadah berbuka puasa, justeru kebanyakkan daripada gemar membeli makanan di bazar Ramadan, kerana banyak pilihan disediakan.

Seharian berpuasa, pasti kita tidak sabar untuk menjamah makanan sudah dibeli, namun lain kisahnya buat pemuda ini apabila makanan yang dibelinya sudah ‘selamat’ sebelum sempat masuk ke mulut.

Kawan ramai kirim makanan…

Menurut pemuda bernama Mustaqim Hud, dia telah pergi ke bazar Ramadan yang terletak di Meru, Klang, untuk membeli juadah berbuka puasa.

Rakan-rakannya juga sempat mengirim makanan daripadanya, membuatkan bakul motosikalnya penuh dan dia terpaksa meletakkan makananya di bahagian belakang motosikal iaitu tempat untuk menyimpan topi keledar.

Melayang RM 16 ringgit, makanan tak sempat jamah…

Pemuda itu kemudian pulang semula ke tempat kerja selepas selesai membeli, tetapi sesampai sahaja di parking motor untuk mengambil makanannya, alangkah sedih apabila bungkusan makanan yang dibelinya sudah terburai.

Menerusi video yang dikongsikan, tempat letak topi keledar tersebut habis dibanjiri dengan makanan dan minuman, namun mujur makanan yang dikirim oleh rakan-rakan masih dalam keadaan elok.

“Sampai jer parking, tengok makanan dah pecah terburai..melayang duit 16 ringgit. Dah la duit tengah kurang…”

Tak dapat nak makan nasi ayam kukus…

Lauk yang tidak sempat dijamah itu adalah nasi ayam kukus, ayam goreng dan teh ais yang sepatutnya dimakan sewaktu berbuka puasa di tempat kerjanya.

Malang sekali, kesemua makanan yang dibeli tidak selera lagi untuk dimakan kerana telah terendam dengan air teh ais yang dibelinya juga.

Kasihan melihat nasib Mustaqim, rakan-rakannya telah menawarkan makanan mereka kepadanya untuk dimakan bersama-sama, namun pemuda itu memilih untuk menjamah roti sahaja.

Baginya, mujurlah makanan yang dikirim daripadanya selamat, mungkin sudah ditakdirkan bukan rezekinya semoga kebaikkan membantu rakan membeli makanan berbuka, mendapat ganjaran pahala yang besar.

Sumber : mStar Online & Mustaqim Hud

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here