Persiapan rawatan sudah diatur, Ainul Mardhiah bakal terbang ke London Khamis ini

Berita Adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut sudah pun didengari sehingga ke London. Menerusi maklum balas daripada Dr. Amalina Che Bakri berhubung rawatan yang terbaik untuk adik Ainul, nampaknya Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya akan terbang ke sana pada minggu ini.

Ainul akan ke London

hal tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh bapa kepada bayi tersebut menerusi akaun Facebook Ahmad Safiuddin. Menurutnya, mereka bertiga akan kesana dalam minggu ini bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Ainul.

Semua sudah sedia

Selain itu, menerusi Berita Harian, Ahmad Safiuddin berkata bahawa segala persiapan untuk ke sana sudah pun hampir selesai termasuklah penginapan, pasport dan juga kos rawatan Ainul Mardhiah. Dia turut mengesahkan yang mereka akan terbang ke London pada Khamis ini.

Dr. Amalina tunggu di sana

Tambahnya lagi, kehadiran mereka ke sana turut diiringi oleh dua orang doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta yang merupakan individu sukarela dengan menggunakan pembiayaian sendiri demi membantu adik Ainul.

Sesampainya disana juga Dr. Amalina akan menunggu dan dimaklumkan bahawa akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang.

Sedar risiko Ainul

Walaupun menyedari bahawa membawa Ainul menaiki kapal terbang sahaja sudah berisiko, namun mereka tetap positif yang anaknya akan beransur pulih jika mendapatkan rawatan yang terbaik.

“Menaiki kapal terbang pun sudah cukup berisiko buat Ainul, jadi saya mengharapkan doa orang ramai minta pada Allah permudahkan urusan Ainul dan ada keajaiban untuk dia sembuh.”

Tidak dapat dedahkan secara menyeluruh

Namun begitu, buat masa ini mereka tidak dapat mendedahkan lokasi hospital yang bakal menempatkan Ainul Mardhiah. Safiuddin juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi sumbangan kepada anak kecilnya itu.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat berkenaan bayi, Ainul Mardhiah buat masa ini sehingga keputusan akhir dibuat dan berikutan ia urusan peribadi pesakit.”

Semoga segala urusan dipermudahkan

Menerusi akaun Facebook Safiuddin, rata-rata mendoakan agar segala urusan Ainul Mardhiah dan juga mereka sekeluarga dipermudahkan. Warganet turut menitipkan pesan kepada bapa Ainul agar sentiasa bersabar dengan segala kata-kata negatif yang dikeluarkan oleh netizen.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan adik AinulBertabahlah dari segala tohmahanAbaikan mulut-mulut jahat tuu

Sumber : Berita Harian, Ahmad Safiuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here