Sanggup kongsi makanan dengan kucing kelaparan, tindakan Pak guard ini dipuji ramai!

Kucing adalah haiwan peliharaan yang disayangi Rasulullah SAW, malah Islam juga menyarankan umatnya untuk sentiasa berbuat baik terhadap haiwan.

Baru-baru ini, telah tular sebuah foto seorang pengawal keselamatan yang berkongsi makanannya bersama seekor kucing jalanan. Tindakan lelaki tersebut telah menarik perhatian pengguna laman sosial yang memuji sikap mulianya itu.

Baiknya pak cik ini!

This pakcik eating dinner with a cat is one of the cutest thing I’ve encountered 🥰🥰🥰 he even provide water in a cup and ubat nyamuk for the cat 🥰🥰🥰🥰🥰 pic.twitter.com/zuu0DllYpR

— Syaza (@thesyza) May 18, 2019

Menurut pengguna Twitter ini, ketika dia sedang menikmati makan malam di sebuah ruang legar, kelihatan seorang pak cik yang dipercayai seorang pengawal keselamatan telah duduk di sebuah meja.

Setelah dilihat, pak cik tersebut yang sedang makan, telah sudi berkongsi makanannya bersama seekor kucing jalanan.

Pak cik ni kongsi makanannya dengan kucing!

Semoga murah rezeki, pak cik!
I would do the same, thank you pak cik!

Perkongsian daripada gadis ini, telah mendapat perhatian ramai yang menyatakan kekaguman dengan sikap penyayang terhadap haiwan yang dimiliki pak cik ini.

Semoga murah rezeki pak cik!

Sumber : Syaza

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here