“Saya akan bantu kembalikan senyuman mereka…” – Janji Athisha buat arwah Adam cetus hiba

Pemergian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam pagi semalam, bersamaan dengan 14 Ramadan nyata memberi satu tamparan hebat buat ahli keluarganya.

Turut terkesan, adik kepada selebriti Neelofa, Atisha Khan yang berpangkat anak saudara kepada Adam telah meluahkan rasa hibanya dengan kehilangan arwah, di Instagram miliknya.

Bantu kembalikan senyuman Fatimah, Ali dan Mukhtar…

Umum sedia maklum, bahawa Adam juga merupakan bapa saudara kepada bintang sosial media kanak-kanak, iaitu Fatimah yang tinggal di UK tetapi petah bercakap loghat Kelantan.

Mengakui bahawa hubungan antara arwah dan tiga orang anak saudaranya iaitu Fatimah, Ali dan Mukhtar, cukup istimewa, sudah pasti kehilangan Adam memberi satu tamparan yang hebat buat anak-anak itu.

Namun, Atisha yang juga penuntut di Universiti Birmingham, United Kingdom, telah bertekad untuk membantu mengembalikan semula senyuman di wajah mereka sedaya yang boleh.

View this post on Instagram

syurga buat mu, Adam. The last time I spoke to you, I told myself that if it was the very last time I hear your voice, I’ll be okay with it. I wanted you to be free from whatever pain you were facing and I prayed for that everyday. Today, you can finally rest again, you’ve gone back to Allah. I’m so grateful I got to grow up around somebody like you, Adam. I will never ever be able to live up to you, ever. But I want to be able to help put back the smiles on your little princess and princes’ faces again. I want to be able to help take care of Mukhtar, Fatimah and Ali even if I know I’ll only be able to do a fraction of what you so effortlessly have done for them. I want them to know I’m here. And I want you to know that they aren’t left alone – I really hope you knew that before you left. I love you Adam. Tunggu kita di syurga, my brother. ♥️ al-Fatihah

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan) on

Jagakan mereka untuk Adam…

Mungkin tidak sama dengan apa yang arwah telah curahkan kepada mereka, namun Atisha mahu memastikan bahawa tiga anak itu tidak akan berasa kesepian selepas kehilangan Adam.

Tiada kata yang boleh diungkap, Atisha yang bersyukur dengan kehadiran Adam dalam hidupnya, namun hanya doa yang mampu dititipkan buat Adam agar arwah ditempatkan di syurga yang kekal abadi.

Sumber : Athisha Khan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here