“Saya dikasari dulu…” – Teruk dikecam, pemilik Honda tampil pertahankan diri

Susulan tular sebuah video mengenai seorang wanita yang bertindak agresif dengan menjerit dan menyembur racun perosak ke arah dua orang penarik kereta telah mengundang kecaman netizen.

Wanita tersebut dikatakan tidak membayar hutang tunggakan selama lima bulan, menyebabkan kereta jenis Honda City miliknya terpaksa ditarik oleh pihak bank.

Tidak mahu dirinya terus disalah anggap, wanita terbabit yang dikenali sebagai Nurul Adlina tampil memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku ketika kejadian, menerusi muat naik status di Facebook.

Mereka yang berkasar dulu…

Menurut Adlina, dia ketika itu baru sahaja selesai mengeluarkan wang di bank, sebelum didatangi oleh dua orang lelaki yang bertindak kasar terhadapnya dan anaknya yang berusia dua tahun.

Katanya, lelaki yang mendakwa diri sebagai penarik kereta itu mengarahkan dirinya menyerahkan keretanya, jika tidak mahu membayar wang kepada mereka.

Saya nak pertahankan diri, bukan kereta…

Tambah Adlina, tindakannya menyembur racun perosak ke arah mereka adalah untuk mempertahankan dirinya, kerana salah seorang daripada penarik kereta tersebut menyinggungnya sehingga tersandar di kusyen kereta.

Adlina menegaskan, dia bukanlah berniat mahu mempertahankan kereta tersebut, tetapi sebaliknya dia panik dan hanya mahu melindungi diri dan anaknya.

“Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam. Kalau ada, mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan mahu mempertahankan diri dan anak saya…”

Datang macam penyamun…

Baginya, dia tidak rasa apa yang dilakukan adalah salah kerana menurutnya perbuatan dua orang lelaki terbabit adalah tidak wajar.

“Kalau betul mereka ejen sah penarik kereta, mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta, bukannya datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat demikian kerana nak pertahankan diri dan anak. Saya bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah…”

Setakat ini, kedu-dua belah pihak telah membuat laporan polis, namun kata Adlina, dua orang lelaki terbabit tidak hadir ke IPD Kuah ketika malam kejadian.Sumber : Nurul Adlina & the reporter

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here