“Suaminya sungguh kuat.. Masih boleh tersenyum saat ujian menimpa..”

Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim kelihatan tenang dan redha atas kehilangan isterinya akibat kemalangan Sabtu lalu.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi sekeping gambar bersama lelaki berusia 42 tahun itu ketika menziarahi jenazah di majlis pengebumian yang berlangsung di Tumpat, Kelantan.

View this post on Instagram

suami arwah akak faziani org kuat dnars.. masih lagi tenang walapun hatinya hanya allah shja yg tau.. semoga abang rizal tabah di atas kehilangan isteri tercinta….mudahan arwah ditempatkan di kalangan org beriman dan dicintai Allah SWT… . sesungguhnya beruntung lah mereka yg kembali kepada pencipta di bulan Ramadhan ini….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurut Aliff, suami Allahyarham merupakan ‘tulang belakang’ dalam menjalankan perniagaan produk Dnars dan berharap agar lelaki itu terus tabah atas kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata.

“Suami arwah akak Faziani orang kuat Dnars.. Masih lagi tenang walapun hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..

“Semoga abang Rizal tabah atas kehilangan isteri tercinta.. Mudahan arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicintai Allah SWT...

“Sesungguhnya beruntung bagi mereka yang kembali kepada pencipta di bulan Ramadan ini,” tulisnya.

Posting tersebut dihujani pelbagai komen dimana rata-ratanya mengakui suami Allahyarham seorang yang kuat menghadapi ujian Allah SWT serta menitipkan doa buat arwah sekeluarga.

Kuatnya! Masih boleh tersenyum…

Tanda sabar dan redhaWajah orang beriman, tabah hadapi dugaanSalam takziah buat merekaSemoga arwah bersama para shuhada

Terdahulu, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami Allahyarham merempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah pondok di Pattani, Thailand untuk urusan membayar zakat.

Sumber : Aliff Syukri

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here