“Tak apa, you orang raya sudah dekat.” – Tak sengaja langgar, tindakan ‘uncle’ Cina ini buat ramai terharu

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati sesama masyarakat telah pun disemai sedari kecil lagi bagi membentuk masyarakat yang majmuk.

Semalam, telah tular satu kisah seorang pemuda Melayu yang mengalami kecederaan kerana terlanggar kereta seorang lelaki berbangsa Cina. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh sahabat pemuda itu yang dikenali sebagai Baq Kapeloww di Facebook.

Memang salah pemuda itu

Pemuda yang bekerga sebagai penghantar makanan telah melanggar keretaseorang lelaki berbangsa Cina sehingga mengalami sedikit kerosakkan. Namun, dia langsung tidak mengendahkan perkara tersebut dan bergegas membawa pemuda itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Hantar pergi klinik
Tak buat laporan & ganti rugi

Tambah Baq Kapeloww lagi, lelaki berbangsa Cina itu turut tidak membuat sebarang laporan polis dan juga meminta bayaran ganti rugi diatas kerosakkan yang dihadapi akibat dilanggar pemuda penghantar makanan tersebut.

Dia juga memahami bahawa hari raya Aidilfitri bakal menjelma dan sudah tentu kemalangan sebegitu bakal merisaukan pemuda tersebut. Dia turut mengucapkan selamat hari raya kepada pemuda itu memandangkan lebaran tinggal beberapa minggu lagi.

Kita beza agama, bangsa tapi tetap ada hati nurani

Sifat terpuji lelaki berbangsa Cina itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada netizen. Rata-rata memuji tindakan yang diambil dan turut berasa terharu kerana tolerasi yang berlaku tanpa sebarang prejudis ini.

Respect uncle ni!

Darah mengalir tetap warna samaTerima kasih jadi warga Malaysia sebenar

Sumber : Baq Kapeloww

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here