“Tuan dah pindah…” – Tinggal & kurung tanpa makanan, gadis ini bantu anjing dari mati kebuluran

Boleh dikatakan ramai daripada kalangan kita mempunyai haiwan peliharaan masing-masing, namun sayangnya haiwan yang dipelihara tidak semuanya dijaga dengan baik oleh tuan mereka.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Hanis, menerusi laman Twitternya telah mendedahkan mengenai sikap seorang pemilik rumah yang bertindak kejam meninggalkan anjing peliharaannya, berhari-hari tanpa makanan dan minuman.

Apa punya manusia, tinggalkan anjing dia kelaparan…

Video yang dimuat naik Hanis di Twitter telah mendapat 15.5 ribu Retweet, memaparkan dia sedang memberikan makanan kepada dua ekor anjing malang tersebut, yang kelihatan sangat lapar kerana ditinggal tuannya tanpa makanan.

Apa punya manusia pindah rumah, tinggal anjing kelaparan entah berapa lama. Kesian dia lapar pic.twitter.com/MnyweL1VqM

— hanis (@haaaanishak) May 17, 2019

Tuan rumah dah pindah rupanya…

Menurut Hanis, setelah bertanya dengan jiran pemilik rumah tersebut, rupa-rupanya mereka telah berpindah dengan tidak membawa sekali dua ekor anjing yang dikurung di dalam pagar rumah itu.

Jiran pun tak sampai hati tengok anjing2 tu…

Tambah Hanis lagi, dia telah meminta kerjasam dengan jiran pemilik rumah tersebut untuk memberi minuman kepada anjing itu, dan dia pula akan memberi makanan setiap hari.

Kata jiran, cara ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan gangguan, kerana anjing-anjing tersebut dikatakan sangat bising dan asyik melalak disebabkan terlalu lapar.

Gigih buat DIY bekas makanan anjing…

Oleh kerana anjing-anjing itu bertindak agak agresif dan untuk menjimatkan bekas makanan, Hanis sanggup mengubahsuai bekas makanan itu bagi memudahkannya memberi anjing-anjing itu makan.

Ada saudara rupanya, selalu campak makanan petang2

Hasil maklumat yang diterima, rupanya pemilik itu sudah berpindah ke Kota Kemuning dan difahamkan, ada seorang pakcik yang merupakan saudara mereka akan datang pada waktu petang mencampakkan makanan kepada anjing-anjing tersebut.

Tunggu tindakan daripada pihak berwajib…

Tidak mahu haiwan tersebut terus terseksa, Hanis telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

Mulianya hati…

Rata-rata netizen berasa kagum dengan sikap prihatin dan kemuliaan hati gadis tersebut, malah ada juga yang mahu menghulurkan bantuan.

Awak ada hati yang sangat baik…Terima kasih sebab kasihkan binatang…Kami sedia membantu…Mesti anjing ni akan kenang budi sis…

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua agar berhentilah menzalimi haiwan dan tanamkan sifat ihsan dalam diri kita terhadap makhluk Allah yang lain.

Sumber : Hanis

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here