“Akal pergi mana…?” – Pemilik syok ‘shopping’, kucing dibiarkan hampir lemas dalam kereta

Ramai yang suka membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan banyak lagi, namun setakat suka sahaja tidak berguna jika tidak tahu menjaga haiwan dengan cara yang betul.

Terbaru, telah mula tular sebuah video di Facebook yang memaparkan dua ekor kucing peliharaan yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta oleh tuannya.

Tuan dia pergi shopping!

Menerusi perkongsian daripada Facebook dengan nama akaun Tokdaeng Tokpiee, difahamkan tuan kepada dua ekor kucing tersebut telah pergi membeli belah.

Video kucing tersebut berjaya dirakam oleh seorang pengguna Facebook tersebut, yang kebetulan lalu disebelah kereta yang diletakkan di parkir salah satu pusat membeli belah terkemuka di Johor.

Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat tuan kepada dua ekor kucing malang itu telah menyediakan makanan dan minuman yang diletakkan di atas kerusi.

Kau rasa😩..nak shopping pon ..kau jgn naye kesayangan ni boleh x😖..menangis taw dia😢

Posted by Tokdaeng Tokpiee on Sunday, May 19, 2019

Kucing tu macam sesak nafas…

Mungkin sudah terlalu lama terkurung di dalam kereta itu, dua ekor kucing malang berkenaan kelihatan seperti sukar untuk bernafas dan dilihat beberapa kali tercungap-cungap.

Selepas dua kali buat pengumuman baru tuan datang

Difaham menerusi akaun Facebook tersebut, selepas pengumuman mengenai dua ekor kucing itu dibuat, barulah tuannya datang ke kereta melihat keadaan kucing mereka.

Sumber : Tokdaeng Tokpiee

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here