“Anak yatim sampai pukul 4, VIP 6.30, siapa raikan siapa…?” – Sufian Suhaimi persoal sikap VIP

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, ramai yang suka melakukan amal jariah seperti bersedah kepada golongan yang tidak berkemampuan dan anak-anak yatim.

Kebiasaannya golong orang kenamaan yang akan berpusu-pusu mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

Namun yang menjadi perbincangannya, sejauh mana maksud meraikan anak-anak yatim jika masih ada segelintir VIP dijemput datang ke lewat ke majlis dan mendapat layanan cukup istimewa.

Nak raikan siapa sebenarnya ni?

Isu ini telah menarik perhatian penyanyi popular Sufian Suhaimi, menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan mengenai senario yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

Menurut penyanyi itu, dia tertanya-tanya mengenai nilai meraikan anak yatim di majlis berbuka puasa, sedangkan mereka pula menunggu pihak VIP sampai.

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka. Siapa raikan siapa…”

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

Siapa raikan siapa?

— Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) May 20, 2019

Anak yatim yang sambut VIP…

Situasi ini memperlihatkan seperti anak-anak yatim itulah yang meraikan para VIP tersebut, dimana sepatutnya anak-anak inilah yang patut disambut kehadirannya.

Gambar sekadar hiasan

VIP lauk dah siap terhidang…

Tweet tersebut yang mendapat 14 ribu Retweet telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata berpendapat bahawa layanan istimewa seharusnya diberikan kepada anak-anak yatim dan bukannya tetamu VIP.

VIP siap dapat cenderahati lagi…
Patut anak yatim yang tunggu orang hidang makananLauk VIP bukan main istimewa lagi
VIP dihidang, anak yatim beratur ambil makananAnak yatim didekati dengan cara lebih mesra

Mungkin ramai yang masih tidak peka, namun diharapkan senario seperti ini akan membuka mata orang ramai supaya lebih memahami apakah nilai dan maksud ‘meraikan anak yatim’.

Sumber : Sufian Suhaimi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here