Belikan anak2 yatim baju raya, sikap mulia Zizan Razak dipuji ramai!

Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas menjadikan bulan itu sering dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.

Begitu juga selebriti tanah air, Zizan Razak yang tidak melepaskan peluang melakukan amal kebajikan untuk bekalan pada hari akhirat.

Terbaru, Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak telah memuat naik satu posting di akaun Instagramnya memaparkan gambar bersama anak-anak yatim.

Semoga raya mereka lebih ceria & bermakna

View this post on Instagram

Semoga raya mereka lebih ceria dan bermakna. Terima kasih kepada semua yang bekerjasama menjayakan program ini. #zizanrazak #zrcharity

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Happy betul mereka kita bawak shopping baju raya

View this post on Instagram

Happy betol mereka kita bawak shopping baju raya. Syukur dapat lihat senyuman diwajah mereka. Alhamdulillah #zizanrazak #ramadhan #zrcharity @zrprojectofficial @farah_fhm

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sikap mulia dan prihatin pelakon filem Hantu Bonceng itu menjadi tumpuan apabila berkongsi rezeki dengan membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sempena Aidilfitri.

Menerusi kapsyen pada entri tersebut, Zizan meluahkan rasa syukur kerana dapat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka.

Posting tersebut meraih lebih 39,000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram yang rata-rata memuji tindakan mulia Zizan selain mendoakannya supaya dimurahkan rezeki.

Nak menangis tengok Zizan peluk adik tu…

Touching masa Zizan cari baju then pakaikanSemoga dimurahkan rezeki. InshaAllahTerbaik la Zizan!

Sumber : Zizan Razak

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here