“Bila ajak ke balai, terus hilangkan diri” – Wanita kongsi detik cemas dihampiri penarik kereta

Beberapa hari lepas, telah tular rakaman video tiga orang individu yang bertindak ingin menarik kereta seorang wanita. Tindakan yang agak mengejut oleh agen-agen penarik kereta itu membuatkan keadaan agak tegang di kawasan kejadian berikutan wanita tersebut menafikan dakwaan dia berhutang bayaran kereta.

Tiba-tiba nak tarik kereta

Menerusi Facebook Francis Yirdaki CT, dia telah berkongsi mengenai tindakan biadap agen-agen tersebut sehingga memaksa dia dan wanita tersebut memanggil polis.

Dakwa ada 19 bulan tunggakan

Menurut Francis, pada awalnya rakan wanitanya itu mendapat panggilan mengatakan keretanya akan ditarik kerana telah tidak membayar ansuran kereta selama 19 bulan. Namun begitu, rakan wanitanya itu menafikan dakwaan tersebut kerana tidak menerima sebarang maklumat daripada bank mengenai isu tersebut.

Semasa ingin menelefon pihak bank bagi mengetahui kesahihan dakwaan itu, telefon bimbitnya telah di rampas dan agen penarik kereta terus mematikan panggilan yang dibuat.

main ugut-ugut pulak

Mereka turut mengugut akan merosakkan kenderaan rakan wanita Francis jika menelefon polis bagi menyelesaikan hal tersebut. Selain itu, agen-agen penarik kereta itu juga menyembunyikan identiti masing-masing selepas polis tiba dan turut meminta ‘bayaran’ jika mahu kes tersebut selesai.

Mana ada tunggakan!

Hakikatnya, wanita tersebut tidak pun mempunyai sebarang tunggakkan terhadap bayaran keretanya. Agen penarik kereta tersebut turut tidak memunculkan diri di balai selepas campur tangan polis dilakukan.

Butiran suspek

Berdasarkan perkongsian di Facebook itu juga, Francis turut menyertakan sekali butiran agen penarik kereta tersebut yang berjaya diperoleh.

Perkongsian tersebut membuatkan para pelayar internet berasa geram dan mendakwa ketiga-tiga individu itu adalah penipu. Mereka turut meminta agar sesiapa pun lebih berhati-hati terhadap jenayah sebegitu.

Tak ada surat tapi nak tarik kereta!Hati-hati dengan individu macam tuKerja tak ikut SOP!Orang yang sama?

Sumber : Francis Yirdaki CT

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here