Buat majlis berbuka dengan anak2 yatim, netizen doa MUA Bellaz murah rezeki!

Kehadiran bulan Ramadan menjadi sebuah hadiah bermakna bagi seluruh umat Islam. Mereka digalakkan untuk lebih memberi kerana sungguh besar ganjaran kepada mereka yang menyahut seruan ini.

Itu dilakukan oleh Make-Up Artist (MUA) Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabilah Zulyadaini apabila baru-baru ini telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan para pelajar tahfiz.

Sebagai tanda penghargaan, Bellaz juga turut menjemput ahli keluarga, rakan-rakan serta pengikutnya di laman media sosial bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kemeriahan majlis berbuka puasa tersebut turut dikongsikan olehnya di laman Facebook yang menarik perhatian ramai.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standingImage may contain: 11 people, people smiling, people standing and weddingImage may contain: 7 people, people smiling, people standing

Menerusi kapsyen entri tersebut, Bellaz menyatakan hasrat untuk berkongsi rezeki dengan penduduk kampungnya di Tanjung Dawai dan Sungai Baru, Alor Setar.

Posting yang dimuat naik itu meraih lebih 3,000 tanda suka oleh pengikutnya yang rata-rata memuji sikap mulia Bellaz selain mendoakannya supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Moga tahun depan kami dapat merasa buka puasa dengan BellaSemoga dimurahkan rezeki Kak Bella selalu

Sumber : MUA Bellaz

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here