Cubaan serang Mekah & Jeddah, peluru berpandu pemberontak berjaya dipintas

Mekah merupakan kota suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Sudah pasti tempat dimana menjadi tumpuan setiap Muslim itu menjadi sasaran musuh-musuh Islam yang ingin mengambil peluang melakukan kekacauan.

Mekah & Jeddah cuba diserang

Menerusi laporan daripada Gulf Business, dua peluru berpandu balistik telah disasarkan ke Mekah dan Jeddah. Namun begitu, Pertahanan Udara Arab Saudi telah berjaya memintas peluru berpandu yang dikenali sebagai misil di ruang udara Taif.

#Saudi intercepts two missiles headed towards #Makkah, #Jeddahhttps://t.co/J8vgZycq6t

— Gulf Business (@GulfBusiness) May 20, 2019

Video peluru berpandu berjaya dipintas

Peluru berpandu pertama berjaya dimusnahkan di ruang udara Taif dan peluru berpandu kedua pula telah dipintas di ruang udara Lapangan Terbang Abdul Aziz. Menerusi laporan itu juga, misil tersebut telah dilancarkan semalam oleh pemberontak Houthi dari Yaman.

Pernah ada cubaan serang

Menerusi laporan yang di keluarkan oleh Astro Awani pula, seranga tersebut bukalah kali pertama berlaku kerana sebelum ini pemberontak Houthi didakwa pernah melancarkan misil menyasarkan Mekah pada Julai 2017.

“Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah.” – Jurucakap tentera Gabungan Arab

Mohon doa dari semua umat Islam

Sehubungan dengan itu, masyarakat Arab Saudi meminta agar seluruh umat islam supaya mendoakan kesejahteraan kota suci itu dari sebarang musibah ataupun serangan golongan yang tidak enghormati agama Allah.

Dear Muslims around the world, The holiest place on earth #Makkah now is being targeted by Houthis who are supported by the #Iranian Goverment. It’s really clear that we will not see peace as long as the Iranian leaders in charge!#HouthisStrikeMecca#الحوثي_يستهدف_كعبه_المسلمين pic.twitter.com/COuqVMhTmb

— عـبدالله الخريّف (@AbdullahK5) May 20, 2019

Sumber : Gulf Bussines, Astro Awani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here