Dilantik jadi bilal baru, lelaki menangis laung azan kali pertama di Masjid Nabawi

Beruntung mereka yang dilantik menjadi bilal bagi melaungkan azan untuk menyeru semua umat Islam menunaikan kewajipan solat.

Lebih istimewa apabila dilaungkan di tempat bersejarah di sekitar Madinah yang sering menarik perhatian jemaah untuk menghadirikan diri menghadap Allah SWT.

Itu terjadi kepada Mohammed Marwan, seorang pemuda yang baru dilantik menjadi bilal di Masjid Nabawi dengan meluangkan azan pertama di rumah Allah berkenaan.

Menangis ketika laungkan azan pertama!

Lebih menimbulkan perasaan sebak apabila Mohammed Marwan kelihatan menangis teresak-esak setelah selesai meluangkan azan pertamanya sehingga menadah tangan berdoa dan bersujud syukur.

Newly appointed Muezzin of Masjid al Nabawi Mohammed Marwan cries on his first Azaan. Truly a sacred and historical duty. Subhanallah,” kongsi seorang pengguna Twitter.

Video penuh azan :

Perkongsian video berdurasi dua minit 20 saat itu diulang kicau lebih 4,500 kali dan mendapat hampir 10,000 tanda suka yang rata-rata mengucapkan syukur serta tersentuh hati dengan kemerduan suara bilal berkenaan.

Semoga Allah berkati dia dunia akhirat

MashaAllah! Menangis sampai tersedu2
Tersentuh hati…Menitis air mata bila tengok!

Sumber : MilkSheikh

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here